Perhimpunan yang sepatutnya menghimpunkan rakyat Selangor seramai 10,000 rakyat ternyata gagal kerana tidak mendapat sokongan orang ramai.
Perhimpunan yang dinamakan "Hormati Suara Rakyat Selangor" di stadium Kelana Jaya hanya dihadiri kira-kira 500 orang sahaja. Disini membuktikan rakyat sudah ramai memboikot Kerajaan PR kerana terlalu rakus terhadap sesuatu tindakan mereka.
Perhimpunan yang mendesak Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan menarik semula perlantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak mendapat sambutan mungkin sebab rakyat tidak mahu bersekongkol bersubahat menderhaka kerana telah diperkenankan Sultan Selangor.
Mungkin oleh kerana keadaan bertembung dengan pilihanraya di DUN Tenang, maka Pakatan PR agaknya tidak dapat mengimport ahli-ahli pakatan mereka, kerana telah menghantar jentera-jenteranya untuk sibuk berkempen dan memenuhi ruang yang ada hingga puluhan ribu di DUN Tenang.
Kata pihak penganjur, faktor stadium juga dipersalahkan, bukan kerana struktur stadium tak rata, akan tetapi oleh kerana lokasi yang kurang sesuai, jika ia diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam berkemungkinan ianya akan mendapat sambutan orang ramai, tambah mereka lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan