salam

Jumaat, Januari 07, 2011

Dr. M jelaskan sebab pindaan Perlembagaan


SHAH ALAM 6 Jan. – Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan langkah meminda Perlembagaan Persekutuan pada 1993 berkaitan kuasa raja-raja Melayu dengan menegaskan ia dilakukan demi masa depan negara.
Bekas Perdana Menteri berkata, keadaan itu berbeza dengan cadangan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang yang mahu melakukan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri semata-mata atas sebab politik.
“Kita buat pindaan masa itu dengan niat baik. Kalau kita dapati wakil yang mewakili rakyat tidak ada kuasa akhirnya kita tidak begitu demokratik.
“Pada masa itu kita guna (pindaan Perlembagaan) bukan untuk tujuan sembarangan iaitu bukan masalah peribadi tetapi masalah negara,” katanya.

JAWI cari 650 bakat muda untuk dilatih jadi imam

KUALA LUMPUR, 7 Jan. - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sedang mengadakan pencarian bakat-bakat muda di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk diketengahkan sebagai imam menerusi program Imam Muda Qaryah (IMQ).

Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali berkata, program bercorak dakwah itu mensasarkan 650 peserta berkebolehan berdasarkan pengetahuan ilmu agama Islam untuk dilatih dan diketengahkan bagi menggantikan kira-kira 400 imam sedia ada di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Kebanyakan imam-imam terutama khatib yang dilantik Jawi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terdiri daripada warga emas berusia antara 40 hingga 60 tahun ekoran faktor kurangnya kemahiran dan minat generasi muda untuk menggalas tugas sebagai imam.

"Jadi, penganjuran IMQ merupakan tindakan proaktif jabatan dalam menangani situasi itu di mana ia juga boleh dilihat sebagai landasan terbaik melahirkan imam-imam pelapis di kalangan orang muda,” katanya pada sidang media program IMQ di Dewan Jejantas, Kompleks Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di sini, hari ini. - Bernama

GEMPAR! TIADA YANG DAPAT TANDINGI DRAMA WAN AZIZAH!

Kenapa nama Wan Azizah disebut dalam artikel mengenai DS Rais? Sudah tentu itu perkara yang bermain-main di dalam fikiran pembaca. Sabar, ia akan ada kena mengena sekejap nanti, tapi tiadalah adab kita berbicara tanpa terlebih dahulu tahu akan latar belakang cerita. 


DS Rais Yatim difitnah merogol amah sendiri pada 2007 oleh PAS – parti yang mengaku sebagai parti Islam, PERNAH memperjuangkan hukum hudud, PERNAH nak melaksanakan pemerintahan penuh negara Islam di negara ini (pada satu ketika dulula, sekarang tidak lagi). 


TERKINI - Karpal Singh Akan Buktikan Anwar Ibrahim Peliwat

1. Kegiatan meliwat Anwar Ibrahim bukanlah satu benda baru. Kegiatan seks luar tabii kegemaran Anwar telah mula dikesan seawal dia bersekolah menengah lagi.

2. Ramai kenalan dan teman rapat Anwar mengetahui kegetian buruk ini. Bila berkecimpung di dalam arena politik, ini tentu sahaja akan menjadi bahan penting untuk pihak lawannya.

3. Salah seorang yang tahu dan mengetahui bahawa Anwar ini seorang peliwat adalah Karpal Singh. Dia pada sekitar tahu 1997, dengan yakin dan angkuhnya mendakwa Anwar, Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu adalah seorang peliwat.

4. Karpal juga mendakwa mempunyai bukti kukuh seperti akuan bersumpah dari beberapa orang yang didakwanya mangsa liwat Anwar. Jika benar dia mempunyai bukti itu, Persatuan Peguam Malaysia juga telah menggesa agar Karpal mengemukakan bukti tersebut agar keadilan dapat dilaksanakan!!!

GEMPAR - NAJIB JUMPA MP ESOK UMUM PRU 13

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengesahkan akan bertemu dengan Anggota-anggota Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) esok. 

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata perjumpaan itu adalah dengan "tujuan biasa" untuk mengetahui keadaan di kawasan masing-masing.

"Ini merupakan satu usaha dalam proses transformasi politik yang telah saya nyatakan. "Saya perlu memberitahu mereka tentang apa yang mereka harus lakukan dan saya perlukan pendapat mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Ditanya sama ada pertemuan itu adalah sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13, Najib berkata : "Semuanya menjurus kepada pilihan raya umum. Kita mahu dipilih semula. Kita mahu berkhidmat kepada rakyat dan terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan." 

Checkmate! Surat Khabar Indonesia Nafi Rubingah Diperkosa Menteri Malaysia

 

Jakarta - Media Malaysia meramaikan dugaan pemerkosaan TKW Rubingah oleh Menteri Rais Yatim. LSM Migrant Care juga membenarkan data perkosaan adalah milik mereka yang dibocorkan blogger Malaysia. Namun menurut BNP2TKI, Rubingah tidak pernah diperkosa.

Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Jumhur Hidayat menegaskan, kasus dugaan pemerkosaan terhadap Tenaga Kerja Indonesia Rubingah (48) oleh Menteri Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Datuk Rais Yatim, tidak pernah ada. 

"Sudah ada keterangan langsung dari Ibu Rubingah dan juga pernyataan tertulis bahwa beliau tidak pernah mengalami pemerkosaan selama bekerja pada keluarga majikan Datuk Rais Yatim di Malaysia, termasuk perlakuan lain yang tidak pantas," kata Jumhur dalam rilis ke detikcom, Jumat (7/1/2011).

RENUNGAN JUMAAT: KELEBIHAN MUKMIN



Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sesungguh amat bertuah bagi seorang Melayu di Malaysia ini dilahirkan didalam kelompok umat Islam. Kerana ternyata kelebihan seorang mukmin disisi Allah S.W.T sangat besar ganjarannya.

Kelebihan Mukmin dan Kekurangan Kafir
Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya.”
(Muslim)

Huraian :
Usaha merupakan asas kepada pembentukan dan kemajuan hidup manusia walau apa pun agama dan bangsa yang dianuti. Dalam kehidupan di dunia ini manusia dikehendaki berusaha untuk mendapatkan sesuatu hajat termasuklah mendapatkan rezeki. Oleh itu di atas nama keadilan, Allah S.W.T Yang Maha Adil akan mengganjari sesiapa sahaja yang berusaha bersungguh-sungguh tidak kira sama ada dia seorang mukmin atau kafir. Ini merupakan suatu bentuk motivasi agar manusia itu tidak merasa kecewa dalam meneruskan kehidupan mereka. Namun begitu, di samping memberikan balasan di dunia, orang-orang mukmin juga diberikan pahala yang akan menolongnya di akhirat kelak iaitu sebagai balasan kebaikan yang telah dilakukannya ketika di dunia.

Maka, marilah kita bersama - sama meningkatkan usaha didalam hidup kita seharian terutama dari segi rohaniah dan jasmaniah sebagai Umat Islam.

Kuatkan Iman, perbanyakkan amalan dan tingkatkan Taqwa kepada Allah S.W.T. Insya Allah, kita akn beroleh rahmat dariNya. Wallahualam.

TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS