salam

Jumaat, Januari 07, 2011

GEMPAR! TIADA YANG DAPAT TANDINGI DRAMA WAN AZIZAH!

Kenapa nama Wan Azizah disebut dalam artikel mengenai DS Rais? Sudah tentu itu perkara yang bermain-main di dalam fikiran pembaca. Sabar, ia akan ada kena mengena sekejap nanti, tapi tiadalah adab kita berbicara tanpa terlebih dahulu tahu akan latar belakang cerita. 


DS Rais Yatim difitnah merogol amah sendiri pada 2007 oleh PAS – parti yang mengaku sebagai parti Islam, PERNAH memperjuangkan hukum hudud, PERNAH nak melaksanakan pemerintahan penuh negara Islam di negara ini (pada satu ketika dulula, sekarang tidak lagi). 



PAS bekerjasama dengan sebuah NGO yang ditubuhkan untuk membela pekerja Indonesia di negara ini bernama Migran Care dalam menyebarkan fitnah ini. Kenapa PAS menimbulkan isu rogol ini sekarang walaupun dikatakan PAS telah pun tahu tentang kisah ini sejak 2007 lagi? Sebab kebetulan PAS sendiri sedang berhadapan dengan kes zina ADUN Selinsing yang disembunyikan Nik Aziz. 

Macam peel biasa orang bersalah, bila kita kata dia, dia kata kita balik. 


Congak PAS mudah. Kalau hal yang membabitkan orang-orang dia, semua sunnah, hadis akan dibongkarnya untuk menutup mulut kepada yang bertanya. Macam hal ADUN Selinsing tu, semua akan ditanya balik, mana 4 saksinya, 4 saksi ni beriman ke tidak, koc keretapi mana, kaler apa, berapa tayar masa kejadian bla bla bla bla… 


Pendek kata, semua mesti nak sempurna sebelum bercerita pasal keburukkan orang dia. 


Berbeza kalau orang UMNO yang kena tuduh, walaupun tak masuk akal mesti percaya. Macam kisah fitnah ke atas DS Rais ini, yang buat cerita NGO, dimana PAS sebagai agen mensensasikannya. Lupakan soal 4 saksi, lupakan soal agama sebab agama PAS ajar kalau yang berkaitan UMNO, mesti anggap itu betul, walaupun tak betul. 

Walaupun fakta sebenarnya, yang konon kena rogol pun taknak bercerita apa-apa. Report polis pun tak mau malah wakil Migran Care dan pemimpin PAS yang datang jumpa pun dia tak mau cerita. Kononnya cerita kemudian melalui telefon sebab malu suami dan anak ada. 


Kalaulah ada hakim paling bodoh dalam dunia, hakim itu pun akan buang kes ini sebaik perbicaraan bermula. 


Benda-benda yang jelas macam DNA anwar jumpa dalam dubor Saiful, PAS mati-matian pertikai. Walhal perkara itu sebut dalam mahkamah oleh doktor pakar yang berkelayakan. Kenapa PAS ada 2 standard berbeza? Islam mana yang PAS anut? Tuhan mana yang PAS sembah? 


Oh ya, lupa pulak pasal Wan Azizah, sibuk pasal PAS saja ya. 


Nama Wan Azizah disebut disini sebab dalam fitnah oleh Migran Care yang disebarkan penganut agama PAS, kononnya isteri DS Rais, Datin Seri Masnah melihat sendiri perlakuan rogol tersebut. 


Wahai penganut PAS, yakinlah dalam dunia ini tiada isteri yang mempunyai tahap kesabaran sedemikian tinggi setelah melihat perlakuan yang disebut dalam fitnah Migran Care melainkan Wan Azizah saja. Hal-hal menyembunyikan perlakuan sumbang suami sendiri ini, Wan Azizah memang tiada tandingan, takde orang boleh lawan dia tau. 

Kenapa Wan Aziz ‘hebat’ dalam hal sembunyi ni sebab yang sumbang itu bukan dengan perempuan tapi dengan jantan!!!!!! 


Having said that, bukan kita menyokong perbuatan rogol ini tapi kok benarlah apa yang berlaku, hukumlah mengikut undang-undang yang sepatutnya. Orang UMNO diketahui tak takut berhadapan dengan undang-undang seperti dilihat dalam kes Datuk Seri Khir Toyo, malah dalam kes inipun DS Rais bukan setakat berani buat penafian terbukamalah meminta dirinya disiasat. Lain macam Anwar, pengecut nak mampus. 


Tak payahlah kita cerita panjang tang mana yang longarnya kes DS Rais ini, pegang satulah, kalau mangsa sendiri pun taknak buat laporan, apa maksudnya tu? 


Juga baca disini kisah pasal Robengah!

NAK BACA PASAL SURAT PENGAKUAN, KLIK SINI


Posted by House PK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS