salam

Jumaat, Januari 07, 2011

JAWI cari 650 bakat muda untuk dilatih jadi imam

KUALA LUMPUR, 7 Jan. - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sedang mengadakan pencarian bakat-bakat muda di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk diketengahkan sebagai imam menerusi program Imam Muda Qaryah (IMQ).

Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali berkata, program bercorak dakwah itu mensasarkan 650 peserta berkebolehan berdasarkan pengetahuan ilmu agama Islam untuk dilatih dan diketengahkan bagi menggantikan kira-kira 400 imam sedia ada di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Kebanyakan imam-imam terutama khatib yang dilantik Jawi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terdiri daripada warga emas berusia antara 40 hingga 60 tahun ekoran faktor kurangnya kemahiran dan minat generasi muda untuk menggalas tugas sebagai imam.

"Jadi, penganjuran IMQ merupakan tindakan proaktif jabatan dalam menangani situasi itu di mana ia juga boleh dilihat sebagai landasan terbaik melahirkan imam-imam pelapis di kalangan orang muda,” katanya pada sidang media program IMQ di Dewan Jejantas, Kompleks Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di sini, hari ini. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS