Butterworth, pengusiran melayu diperkampungan yang didiami lebih 60 tahun di Pulau Pinang sudah melarat ketanah besar Seberang Prai. Makin serius, agresif dan konsisten seolah-olah sebelum PRU13 ini semua tanah kerajaan tiada hak milik akan dirabus oleh DAP.
Terbaru 100 penduduk kampung Bagan Dalam melibatkan 30 buah rumah diusir oleh syarikat pemaju yang bertujuan komersial dan rumah mewah.
Datuk Zainul Abidin selaku Pengerusi JKKP (Persekutuan) berkata tidak ada pilihan melain merayu agar menganjak masa kesatu tarikh yang akan ditentukan kelak. Beliau merayu supaya kerajaan pusat membantu membangunkan perumahan kos rendah.
CATATAN PINGGIR
Kerajaan DAP anti melayu dan Islam tampa ada peri kemanusian terus rakus mencari tanah kerajaan yang belum ada hak milik walau pun ada diduduki oleh orang melayu atau India melebihi 60 tahun bermastautin disitu. Kegiatan ini seoalah mereka tidak cukup masa untuk merabus secepat mungkin sebelum PRU13.
Kerajaan Pusat harus menggunakan apa cara sekali pun bagi menyekat kemaraan tersebut bagi bertujuan menghalang kezaliman bukan menghalang pembangunan. Dalam pada itu golongan yang tidak sedar diuntung dikalangan melayu Islam terus menjadi alat Lim Guan Eng dan mengkhianat bangsa yang seagama dengan mereka. Mereka ini sanggup memakan daging saudara mara mnereka sendiri kerana politik yang tidak kemana.
Inilah kesanya melayu mudah lupa. Pulau Pinang tidak terkebelakang dalam melahirkan pemimpin. Tetapi ada yang pelupa dan ada yang jadi pengkhianat. Maaflah saya bercakap begitu. Bukan kepalang pemimpin yang diketengahkan ada PM dan ada TPM. Menteri melambak tetapi semuanya terlepas pandang hingga menjadi masalah kemudian hari. Menyusahkan orang yang terkemudian. Pemimpin sekarang sudah kena bahananya. Membaik kerja tikus terdahulu.
Ibarat menanam pokok mangga dilaman sendiri, semasa kecil dibiarkan bongkok dan condong tanpa dianggur. Nah, bila membesar condong kelaman orang lain. Bila buahnya gugur menjadi milik orang. Usahkan dapat berteduh, hidupnya tidak boleh ditumpang. Menjaga negeri lain tetapi negeri sendiri dipalut ulan pelanduk sehingga pokok tanaman sendiri mati kelemasan.
Mengapa dibiarkan hingga 60 tahun mereka berkampung disitu tiada hak milik?. Mustahil kita tidak mendengar langsung aduan mereka sebelum ini.
Ini juga jadi pengajaran kepada kepimpinan negeri lain jangan cuai terhadap hal-hal dibawah ketiak sendiri. Jangan kuman seberang lautan Nampak dipandang dan gajah dihadapan mata tidak Nampak !.
Melayu tidak hilang didunia tetapi melayu hilang dunianya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan