PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengesahkan akan bertemu dengan Anggota-anggota Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) esok.
Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata perjumpaan itu adalah dengan "tujuan biasa" untuk mengetahui keadaan di kawasan masing-masing.
"Ini merupakan satu usaha dalam proses transformasi politik yang telah saya nyatakan. "Saya perlu memberitahu mereka tentang apa yang mereka harus lakukan dan saya perlukan pendapat mereka," katanya kepada pemberita di sini.
Ditanya sama ada pertemuan itu adalah sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13, Najib berkata : "Semuanya menjurus kepada pilihan raya umum. Kita mahu dipilih semula. Kita mahu berkhidmat kepada rakyat dan terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan."
"Kita harus hormati persefahaman mengenai pertemuan itu, dan Yang di-Pertuan Agong mahu supaya ianya satu pertemuan tertutup. Saya hormati permintaan itu."
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga hadir pada pertemuan itu, turut enggan mengulas tentang hasil pertemuan yang berlangsung di Istana Terengganu, Kuala Lumpur, pada 24 Disember lalu.
Ketika diminta mengulas tentang tuduhan dalam sebuah blog kononnya seorang menteri kabinet terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007, Najib berkata : "Apa yang didakwa itu berlaku pada 2007. Persoalannya kenapa sekarang (ia dibangkitkan).
"Beliau telah membuat kenyataan (menafikan dakwaan itu) dan beliau sanggup untuk disiasat. Kita tidak boleh membuat andaian dan memutuskan apa-apa kecuali jika satu siasatan dijalankan." - BERNAMA
Dicatat oleh Cg Pian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan