Pas Kelantan membuat ketetapan mempertahankan kenyataan Ahli Parlimen Kota Bharu Wan Abd Rahim Wan Abdullah yang 'sanggup mati ' mempertahankan Karpal Singhs jika ada sesiapa 'mengusik' tokoh DAP itu.
Setiausaha Pas Kelantan Mohd Zaki Ibrahim berkata, itu adalah prinsip yang betul dan mereka berpandapat bahawa Karpal Singhs sekarang telah berubah.
Jika benar Karpal Sings telah berubah maka dicabar membuat kenyataan secara terbuka bahawa dia menyokong usaha Pas menubuhkan Negara Islam jika Pakatan Pembangkang masih ada peluang menang menguasai Putrajaya.
Kedudukan karpal Singhs dalam DAP tidaklah mempunyai kuasa yang besar dan boleh mengubah dasar perjuangan DAP berbanding dengan setiausaha Agung DAP. Jika setiausaha Agung membuat kenyataan bermakna dasar DAP terhadap Negara Islam itu ada asasnya. Dengan itu Lim Guan Eng dicabar sekali membuat kenyataan yang sama.
Setakat ini rakyat belum mendengar perubahan prinsip DAP atau Karpal Singhs dinyatakan secara terbuka menyokong konsep Negara Islam Pas malah rakyat masih berpegang teguh bahawa DAP adalah sebuah parti anti Islam sebagaimana dinyatakan oleh Karpal Singhs beberapa ketika dahulu langkah mayatnya jika hendak menubuhkan Negara Islam.
Rakyat sebahagian besarnya khuatir itu hanyalah 'bisikan kelambu' untuk menggula-gula Pas supaya kekal dalam Pakatan Pembangkang kerana difahamkan ad aura-ura Pas akan bergabung dengan parti KITA yang diterajui oleh Datuk Zaid Ibrahim. DAP merasa bimbang jika PAS berbuat demikian maka akan merosakan Pakatan Pembangkang yang telah dibina sejak PRU 12. Oleh itu Pas harus dipujuk dengan janji yang lunak sahaja.
Sikap Pas lebih besar sudu dari mangkuk itu mengambil perkara demikian begitu taksub tanpa mengambil kira mereka hanya digula-gulakan oleh DAP sahaja. Jika benar DAP dan Karpal Singhs telah berubah dipersilakan membuat kenyataan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.
Tidak semudah itu DAP mengubah prinsipnya seperti memasang sebatang lilin.
Posted by Azizan Yaakob
Tiada ulasan:
Catat Ulasan