salam

Jumaat, Januari 07, 2011

TONY PUA PENGKHIANAT !!!!!

Semakin banyak nampak gayanya kenyataan yang keluar dari pemimpin Pakatan Pembangkang ini jelas menunjukkan bahawa mereka derhaka kepada Sultan.

Jelas, isu kemelut lantikan Setiausaha Kerajaan Negeri ini berpunca dari sikap angkuh dan sombong kepimpinan mereka sendiri.

Sekarang, mereka cuba menyalahkan pihak lain kerana mengambil kesempatan mempolitikkan isu tersebut.
Kerana diasak ekoran pendirian bebal mereka itu, Exco Kerajaan Negeri,Dr. Halimah Ali memohon agar diadakan solat hajat kerana tidak tahan diasak.

Siapa suruh buat masalah? Bukankah lebih baik mereka terima sahaja keputusan DYMM Sultan diatas lantikan SUK yang baru itu? Dah jadi bubur, baru nak buat solat hajat?

Yang paling dikesali ialah kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam laman Twitternya.

Jelas si Tony Puaka ini menyatakan kesedihan beliau terhadap runtuhnya demokrasi dan kembali kepada sistem monarki (Sistem Beraja) sepenuhnya.

Walaupun tidak dijelaskan sistem monarki di Negara mana, tetapi ianya seperti memberi kiasan kepada kemelut yang sedang berlaku di Selangor baru - baru ini.

Dan jika benar tidakkah kenyataan seperti itu juga boleh dianggap derhaka? Adakah benar spekulasi sebelum ini menyatakan mereka memang berniat menghapuskan sistem Beraja di Malaysia? Wallahualam.

Posted by Semut Hitam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS