Dah derhaka dan engkar, masih tak ngaku. Masih ingat mereka taat setia kepada Tuanku.
Apa punya putar belit untuk kata mereka akan hadhir ke Majlis Diraja tetapi mereka
tak setuju dengan pilihan. Jangan ingat orang tak ingat, Khalid dan exco kata mereka mahu pulaukan Majlis Diraja ini.
Tuanku sudah katakan untuk adakah sidang DUN, mereka perlu dapat perkenan DYMM Tuanku. Disamping itu, sebarang pindaan kepada Undang2 Tubuh Negeri perlu disembahkan pada Tuanku untuk mendapatkan persetujuan.
Apakah cara Khalid Ibrahim tunjukkan taat setia? Baca petikan Malaysiakiniberikut:
Pindaan terhadap undang-undang tubuh negeri tidak perlu dipersembahkan kepada Sultan, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Pertama, panggil bersidang di dewan. (Sama ada) sebarang resolusi dan rang undang-undang perlu dipersembahkan pada Sultan, jawapannya tidak," katanya ketika ditanya sama ada pindaan memerlukan perkenan Sultan.
Entahlah kalau cara Khalid ajar anaknya nilai taat setia bermakna tak payah ikut kata. Itu yang jelas kelihatan. Khalid engkar tapi ngaku sentiasa taat setia.
Rosaklah sisitem nilai anak Khalid, Rosaklah negeri bawah orang tak bernilai.
Bukan setakat itu saja.
Exco Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali telah menghantar SMS berikut pada ahli-ahli PAS:
Muka Tempoyak Basi |
"Salam jihad kpd semua mujahid dan.mujahidah.Kami, MB dan semua EXCO terpaksa attend function Istana pagi ini pkl 10pg kerana UMNO mahu menggunakn taktik kami sembah derhaka utk ambil alih kerajaan Sgor spt modus oprandi Perak kalau kami tak pg. Minta semua solat hajat dan doa utk mengatasi kuasa rakus mereka ini jazakumullah. kami dah cuba mmpertahankn krajaan ni selama ini. kami perlu bantuan anda smua. maaf kami tak larat laku smua. Dr.Halimah"
SMS ini satu penipuan ddan fitnah kerana exco PAS ini menuduh UMNO mengambilalih padahal tiada lojik perkara sedemikian.
UMNO tudak boleh ambilalih secara Perak kerana UMNO tidak ada majoriti kerusi. BN pun tidak ada majoriti kerusi. Macam mana nak ambilalih jika tidak boleh pertahan jika berhadpaan dengan undi tidak percaya dan apa-apa undi lain.
Kan bodoh punya cakap.
Sebenarnya tuduhan yang Halimah lakukan ialah terhadap SPA yang mencadangkan dan Sultan yang perkenan perlantikan Dato Khusrin. SPA berada dibawah lantikan dan naungan DYMM SPB Agong.
Lagi buruk si Halimah ini. Dahlah derhaka pada Sultan dan Agong dan tidak ngaku tapi tuduh orang lain pula. Nama aja pejuang Islam. Poodah!!!!
Posted by The Unspinners
Tiada ulasan:
Catat Ulasan