salam

Isnin, Januari 31, 2011

Awasi Keselamatan Negara - Berani Kerana Benar

Dewasa ini politik dalaman Negara kita kian stabil dan nampaknya rakyat telah mula kembali ke-pangkal jalan.

Walaupun segelintir masih di-belenggu tipu daya dan pelbagai helah politik kebencian, sebahagian besar rakyat telah mula sedar.

Bila rakyat bertindak dengan pemikiran yang waras maka anasir yang mengapi-apikan politik kebencian akan sungkur terkubur tidak lama lagi.

KES KHALWAT HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DENGAN PENASIHAT KEWANGAN

HAKIM Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran, 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah, hari ini atas tuduhan berkhalwat dengan seorang wanita, Nurul Izani Md Isa pada 5 Disember lepas, di kuarters kerajaan di Pulau Pinang.

Nurul Izani, seorang penasihat kewangan yang bertugas di Kuala Lumpur juga mengaku tidak bersalah di atas tuduhan yang sama di depan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya.

Kedua-duanya dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM2,000 seorang dengan seorang penjamin.

Adam dan Nurul dituduh berkhalwat pada 2.05 pagi 5 Disember lalu di sebuah rumah di kuarters kerajaan bernombor 18B, Jalan Masjid Negeri.

Undi Cina Merosot ?????

AWANG ingin mengucapkan tahniah kepada penduduk Tenang dan Labis yang bijaksana memberi kemenangan kepada parti yang sudah terbukti cemerlang perkhidmatannya selama ini.

Bagi calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim, pesanan kita ialah berkhidmatlah dengan cemerlang sebagaimana bertungkus-lumusnya saudara semasa berkempen.

Jadikanlah kudrat berkempen itu sebagai semangat untuk menjadi Wakil Rakyat yang baik dan mesra.

Mulai sekarang, 24 jam masa saudara adalah untuk rakyat. Dalam keadaan rakyat semakin terkeliru dengan pelbagai dakyah pembangkang - saudara dan wakil-wakil rakyat yang lain harus menjadi juara atau champion kepada rakyat.

Hanya berdisiplin apabila ada tekanan

DISIPLIN tanpa tekanan akan menjadikan seseorang itu berdisiplin walau di mana dia berada. Misalnya, seorang murid yang berdisiplin sentiasa mematuhi peraturan sekolah tanpa perlu pengawasan guru disiplin.

Teringat pengalaman menjadi guru sementara di sebuah sekolah menengah di Merlimau, Melaka. Cikgu Kamal - bertubuh kecil, bercermin mata - setiap kali dia berjalan, kawasan persekitarannya akan senyap sunyi. Pelajar yang rancak bersembang atau seronok bergurau-senda, umpama mati akal apabila terlihat kelibat Cikgu Kamal. Kelas yang riuh-rendah kerana ketiadaan guru bertukar menjadi aman-damai apabila Cikgu Kamal melintas. Dia tidak perlu membawa rotan ke sana-sini. Aura dan namanya sudah cukup digeruni. Tutur katanya juga tidak lantang, cukup bersahaja tetapi menikam kalbu. Entah apa ilmu serta pengalaman yang dimiliki Cikgu Kamal, kehadirannya ternyata membantu mendisiplinkan para pelajar. Namun tanpa Cikgu Kamal, pelajar-pelajar mula buat hal dan tidak peduli tentang disiplin. Itulah yang dikatakan disiplin bersifat sementara disebabkan rasa takut dan gentar bukannya kerana disiplin sememangnya menjadi sebahagian daripada diri. Dalam hal disiplin sementara, semestinya ia bukan sifat positif. Apabila berhadapan dengan seseorang yang digeruni atau di bawah tekanan, maka seseorang itu akan berdisiplin. Namun apabila terlepas daripada belenggu ketakutan dan tekanan, silap-silap hari bulan disiplin yang dipegang bertaburan menjadikan mereka lebih teruk lagi.

Ahad, Januari 30, 2011

Catatan PA dedah apa sebenar yang berlaku

MASYARAKAT antarabangsa mungkin berpendapat pendedahan WikiLeaks mengenai laporan kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) merupakan satu sejarah dalam kelas yang tersendiri kerana ia mempamerkan sikap sebenar diplomat AS apabila berurusan dengan negara lain. Mungkin ada juga yang berfikir tidak akan ada lagi kes kebocoran maklumat sebesar ini kerana begitu sukar untuk menandingi kehebatan pendedahan WikiLeaks.

Beberapa hari lalu, dunia sekali lagi dikejutkan dengan pendedahan rahsia tetapi kali ini melibatkan catatan Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengenai proses rundingan damai Timur Tengah dari tahun 1999 sehingga 2010.

Pendedahan kabel WikiLeaks sebelum ini tidak banyak mendedahkan maklumat dari kedutaan AS di Tel Aviv atau konsulat di Baitulmaqdis yang mungkin dapat memberi gambaran sebenar perjalanan proses rundingan damai, menurut dari sudut AS. Ramai penganalisis syak bahawa pengasas WikiLeaks, Julian Assange memilih hanya maklumat tertentu mengenai Timur Tengah demi menjaga kepentingan AS dan Israel.

Cabaran Melayu Muda Bandar

UNTUK membina kefahaman dan analisis mengenai cabaran masa depan golongan Melayu muda, kita mesti bermula dengan mengelakkan andaian atau pandangan popular dan simplistik berikut: "bahawa manusia Melayu itu adalah sekelompok manusia yang homogen, atau semua manusia Melayu adalah sama dan serupa."

Kalau kita teruskan juga hujah dan kupasan kita mengenai hal ini dengan andaian ini, maka usaha kita akan menjadi sia-sia sahaja pada akhirnya kerana kita tidak berbincang berasaskan kenyataan. Malah kita menafikan kenyataan dan berbohong pada diri sendiri.

Hal ini sangat penting diambil perhatian kerana perbincangan mengenai apa saja yang berkait dengan manusia Melayu pada akhir-akhir ini, sama ada oleh Perkasa atau kelompok politik lain Melayu, berpegang kepada andaian bahawa manusia Melayu itu adalah sekelompok manusia yang homogen.

Disebabkan itulah, maka dianggap bahawa kepentingan manusia Melayu itu adalah sama, selera mereka pun sama, gaya hidup juga sama, seolah-olah serba-serbinya sama.

Sabtu, Januari 29, 2011

Siasatan Lanjut ‘Connections’ Anwar & Kumpulan Pengganas Antarabangsa

AIDCNews – 28/01/11 – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengarahkan pihak berkuasa agar menyiasat dakwaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.
“Saya telah meminta pasukan khas (anti) pengganas dan saya telah meminta Cawangan Khas, dan mereka berhubung dengan (agensi) risikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim dikaitkan dengan kumpulan pengganas ini, katanya di Labis petang tadi
“Ini bukan isu politik. Ini adalah isu keselamatan, suka atau tidak kita mesti mengambil serius perkara ini, katanya lagi seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider.

TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS