salam

Isnin, Januari 31, 2011

Awasi Keselamatan Negara - Berani Kerana Benar

Dewasa ini politik dalaman Negara kita kian stabil dan nampaknya rakyat telah mula kembali ke-pangkal jalan.

Walaupun segelintir masih di-belenggu tipu daya dan pelbagai helah politik kebencian, sebahagian besar rakyat telah mula sedar.

Bila rakyat bertindak dengan pemikiran yang waras maka anasir yang mengapi-apikan politik kebencian akan sungkur terkubur tidak lama lagi.

KES KHALWAT HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DENGAN PENASIHAT KEWANGAN

HAKIM Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran, 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah, hari ini atas tuduhan berkhalwat dengan seorang wanita, Nurul Izani Md Isa pada 5 Disember lepas, di kuarters kerajaan di Pulau Pinang.

Nurul Izani, seorang penasihat kewangan yang bertugas di Kuala Lumpur juga mengaku tidak bersalah di atas tuduhan yang sama di depan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya.

Kedua-duanya dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM2,000 seorang dengan seorang penjamin.

Adam dan Nurul dituduh berkhalwat pada 2.05 pagi 5 Disember lalu di sebuah rumah di kuarters kerajaan bernombor 18B, Jalan Masjid Negeri.

Undi Cina Merosot ?????

AWANG ingin mengucapkan tahniah kepada penduduk Tenang dan Labis yang bijaksana memberi kemenangan kepada parti yang sudah terbukti cemerlang perkhidmatannya selama ini.

Bagi calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim, pesanan kita ialah berkhidmatlah dengan cemerlang sebagaimana bertungkus-lumusnya saudara semasa berkempen.

Jadikanlah kudrat berkempen itu sebagai semangat untuk menjadi Wakil Rakyat yang baik dan mesra.

Mulai sekarang, 24 jam masa saudara adalah untuk rakyat. Dalam keadaan rakyat semakin terkeliru dengan pelbagai dakyah pembangkang - saudara dan wakil-wakil rakyat yang lain harus menjadi juara atau champion kepada rakyat.

Hanya berdisiplin apabila ada tekanan

DISIPLIN tanpa tekanan akan menjadikan seseorang itu berdisiplin walau di mana dia berada. Misalnya, seorang murid yang berdisiplin sentiasa mematuhi peraturan sekolah tanpa perlu pengawasan guru disiplin.

Teringat pengalaman menjadi guru sementara di sebuah sekolah menengah di Merlimau, Melaka. Cikgu Kamal - bertubuh kecil, bercermin mata - setiap kali dia berjalan, kawasan persekitarannya akan senyap sunyi. Pelajar yang rancak bersembang atau seronok bergurau-senda, umpama mati akal apabila terlihat kelibat Cikgu Kamal. Kelas yang riuh-rendah kerana ketiadaan guru bertukar menjadi aman-damai apabila Cikgu Kamal melintas. Dia tidak perlu membawa rotan ke sana-sini. Aura dan namanya sudah cukup digeruni. Tutur katanya juga tidak lantang, cukup bersahaja tetapi menikam kalbu. Entah apa ilmu serta pengalaman yang dimiliki Cikgu Kamal, kehadirannya ternyata membantu mendisiplinkan para pelajar. Namun tanpa Cikgu Kamal, pelajar-pelajar mula buat hal dan tidak peduli tentang disiplin. Itulah yang dikatakan disiplin bersifat sementara disebabkan rasa takut dan gentar bukannya kerana disiplin sememangnya menjadi sebahagian daripada diri. Dalam hal disiplin sementara, semestinya ia bukan sifat positif. Apabila berhadapan dengan seseorang yang digeruni atau di bawah tekanan, maka seseorang itu akan berdisiplin. Namun apabila terlepas daripada belenggu ketakutan dan tekanan, silap-silap hari bulan disiplin yang dipegang bertaburan menjadikan mereka lebih teruk lagi.

Ahad, Januari 30, 2011

Catatan PA dedah apa sebenar yang berlaku

MASYARAKAT antarabangsa mungkin berpendapat pendedahan WikiLeaks mengenai laporan kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) merupakan satu sejarah dalam kelas yang tersendiri kerana ia mempamerkan sikap sebenar diplomat AS apabila berurusan dengan negara lain. Mungkin ada juga yang berfikir tidak akan ada lagi kes kebocoran maklumat sebesar ini kerana begitu sukar untuk menandingi kehebatan pendedahan WikiLeaks.

Beberapa hari lalu, dunia sekali lagi dikejutkan dengan pendedahan rahsia tetapi kali ini melibatkan catatan Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengenai proses rundingan damai Timur Tengah dari tahun 1999 sehingga 2010.

Pendedahan kabel WikiLeaks sebelum ini tidak banyak mendedahkan maklumat dari kedutaan AS di Tel Aviv atau konsulat di Baitulmaqdis yang mungkin dapat memberi gambaran sebenar perjalanan proses rundingan damai, menurut dari sudut AS. Ramai penganalisis syak bahawa pengasas WikiLeaks, Julian Assange memilih hanya maklumat tertentu mengenai Timur Tengah demi menjaga kepentingan AS dan Israel.

Cabaran Melayu Muda Bandar

UNTUK membina kefahaman dan analisis mengenai cabaran masa depan golongan Melayu muda, kita mesti bermula dengan mengelakkan andaian atau pandangan popular dan simplistik berikut: "bahawa manusia Melayu itu adalah sekelompok manusia yang homogen, atau semua manusia Melayu adalah sama dan serupa."

Kalau kita teruskan juga hujah dan kupasan kita mengenai hal ini dengan andaian ini, maka usaha kita akan menjadi sia-sia sahaja pada akhirnya kerana kita tidak berbincang berasaskan kenyataan. Malah kita menafikan kenyataan dan berbohong pada diri sendiri.

Hal ini sangat penting diambil perhatian kerana perbincangan mengenai apa saja yang berkait dengan manusia Melayu pada akhir-akhir ini, sama ada oleh Perkasa atau kelompok politik lain Melayu, berpegang kepada andaian bahawa manusia Melayu itu adalah sekelompok manusia yang homogen.

Disebabkan itulah, maka dianggap bahawa kepentingan manusia Melayu itu adalah sama, selera mereka pun sama, gaya hidup juga sama, seolah-olah serba-serbinya sama.

Sabtu, Januari 29, 2011

Siasatan Lanjut ‘Connections’ Anwar & Kumpulan Pengganas Antarabangsa

AIDCNews – 28/01/11 – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengarahkan pihak berkuasa agar menyiasat dakwaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.
“Saya telah meminta pasukan khas (anti) pengganas dan saya telah meminta Cawangan Khas, dan mereka berhubung dengan (agensi) risikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim dikaitkan dengan kumpulan pengganas ini, katanya di Labis petang tadi
“Ini bukan isu politik. Ini adalah isu keselamatan, suka atau tidak kita mesti mengambil serius perkara ini, katanya lagi seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider.

Jumaat, Januari 28, 2011

NGO semakin garang, parti Melayu semakin...?

BENARKAH NGO kini mula mengambil alih peranan parti politik?

Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu pertemuan dengannya pernah berkata ''ini ialah masanya untuk NGO." Parti politik, katanya sudah lari daripada peranan mereka. Mereka sudah terlalu terikat kepada soal-soal yang terlalu politiking atau terlalu peribadi. Tapi benarkah?

Sayap parti politik yang satu masa dulu menjadi jurubicara rakyat jelata kini muram. Benarkah? Adalah sesekali mereka menunjukkan belang dengan memperjuangkan nasib wanita yang dilarikan jejaka Lombok. Membuat kenyataan demi kenyataan dengan muka terpampang di akhbar. Berteriak di hadapan Kedutaan Amerika, tapi apa lagi?

Rakyat kini memerlukan perhatian untuk membela nasib mereka. Terlalu banyak rungutan yang perlu diselesaikan. Mereka seharusnya berdiri bersama-sama rakyat.

Siapakah orang politik Melayu yang turut padang membela orang Melayu Pulau Pinang sekarang daripada kerakusan Lim Guan Eng? Mengikut orang saya di Pulau Pinang tak nampak, kecuali NGO.

Video Terkini – Hangat - Ummi Membuat Lapuran Polis Lagi

Bermulalah Lembaran Baru Dalam Sejarah Malaysia
Be careful you newspapers people out there!
Is bloggers any different? Suing bloggers?
I will reserve my comment until the next turn of events.
I agreed with noorhasilahismail.blogspot.com that, there is nothing as unpleasant as a woman who has been offended ,
“Hell hath no fury like a woman scorned!”
“All hell will break loose”
VERSI YANG LEBIH TERANG DAN JELAS

Islam Liberal di Sana dan di Sini

Di Tanah Seberang di mana lebih 202 juta umat Islam berdomisil, kapal gelap yang berlayarkan Islam Liberal semakin lancar menyusuri pemikiran anak-anak muda di sana. Sesuai dengan namanya, Jaringan Islam Liberal (JIL) yang bermula secara ‘ringan-ringan’ pada 2001 melalui perhubungan e-mail kini tangkas ‘menjaring’ jiwa-jiwa yang masih tercari-cari ilmu mentafsir Islam agar dilihat lebih ‘selari dengan kehendak semasa’ (baca: diredhai oleh golongan Yahudi dan Nasrani).

Pengasas majalah Tempo, Goenawan Mohamed adalah nakhoda kepada kapal yang terkutuk ini. Anda masih ingat Amina Wadud yang mengimamkan solat Jumaat di New York pada tahun 2005 lalu? Goenawanlah rakan karibnya di Indonesia! Malah beliau pernah menjemput Amina untuk berkongsi pengalaman beliau dengan anak-anak muda di Komunitas Salihara pada Julai 2009.

Komunitas Salihara adalah nama yang tidak asing lagi di Jakarta; di sebalik topeng ‘kesenian’ dan ‘kebebasan bersuara’ yang ditampilkan, ia sebenarnya me-rupakan pusat kegiatan yang ‘memperjuangkan’ hak golongan homoseksual, biseksual dan ‘trans-gender’. Mereka yang celik pasti dapat mengesan persamaannya dengan gerakan Seksualiti Merdeka yang berpangkalan di The Annexe, Pasar Seni sejak tahun 2008.

Khamis, Januari 27, 2011

Surat Pembaca – Merana Disebabkan Penindasan-Perkauman-Perekonomian-Diskriminasi

West Aussie Malay berkata, 

Sebenarnya bukan Melayu sahaja tertindas, malah semua kaum termasuk Cina, India dan kaum lain juga, asalkan tidak menyokong PAP, pasti ditindas dan digertak dengan saman, bankrupsi dan masuk jel.

Jika tidak percaya, masuk lah ke Singapura, tanya rakyat jelata, hidup mereka sangat susah, kos sara hidup di Singapura amat tinggi. Pemandu-pemandu teksi, baik Cina atau Melayu, adalah golongan yang paling jujur untuk berkongsi pengalaman pahit maung hidup di sana menyara keluarga dan diri sendiri. Ramai yang terpaksa membuat dua pekerjaan.

Billionaire Yahudi berminat BTN ???

1. Kami sebenarnya maleh sungguh nak menyentuh perihal Biro Tata Negara. Lagipun kami hanya berpengalaman menjadi peserta kursus anjuran BTN adalah dalam 2-3 kali masa zaman belajar lama dulu.


2. Apa yang kami tahu tentang BTN tidaklah banyak. Biro yang dahulu di bawah Kementerian Belia dan Sukan di awal penubuhannya, namun sejak 1981 dinaiktaraf ke Jabatan Perdana Menteri yang melapor terus kepada Perdana Menteri Malaysia.

Dana Belia 1Malaysia kayakan KRONI?

CSR 1 MDB antaranya mewujudkan Dana Belia 1Malaysia dengan poket bernilai RM20 juta. Apakah dicongak bahawa RM1 mewakili 20 juta rakyat? Atau ufti 0.001% daripada dana 1 MDB iaitu RM20 billion?


Difahamkan kini hampir 100 permohonan secara online memasuki kamar lembaga penilai kelulusan Dana ini. Nampaknya banyak daripada kelompok kaum imigran yang minta, apakah Dana Belia 1 Malaysia yang berlatarbelakang perpaduan ialah "penyamaran untuk halalkan kebajikan kaum-kaum lain di Malaysia"?


Paksa anak yatim cari dana ???

PORT DICKSON – Setelah sekian lama bebas mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja miskin serta yatim piatu seramai 83 orang supaya melakukan jualan amal hingga lewat malam setiap hari, sebuah pusat tahfiz di sini diserbu pihak berkuasa kelmarin.
Serbuan ke atas pusat yang terletak di Ambang Kota, Lukut itu dibuat selepas orang ramai mengadu tidak tahan lagi melihat pelajar terbabit dipaksa menjual peralatan ibadah, buku, minyak angin dan kismis tanpa sebarang upah.
Ketika pengusaha pusat tahfiz itu lena tidur, kanak-kanak terbabit terpaksa tidur beralaskan lantai simen setelah kepenatan ‘bekerja’ atas alasan ia adalah sebahagian kurikulum keusahawanan pusat tahfiz tersebut.
Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkata, siasatan mendapati kanak-kanak tersebut dibawa dengan kenderaan ke beberapa lokasi sekitar Port Dickson, Seremban, Nilai dan lain-lain tempat untuk menjual barangan tanpa sebarang upah.

MURTAD : MEREKA BERANI PENGARUH TERANG-TERANGAN UMMAT ISLAM

Salam Perjuangan,

Penulis terpanggil untuk berhenti seketika menulis berkaitan politik sebaliknya mahu mengetengahkan realiti bahaya yang dihadapi ummah dewasa ini iaitu gejala "MURTAD"...

sedar atau tidak "mereka" sudah semakin berani "berdakwah" kepada ummat Islam secara terang terangan dan hasilnya angka "MURTAD" semakin meningkat setiap tahun... usaha licik ini berselindung teguh disebalik gerakan sosial, kemasyarakat malahan batuan oleh "mereka" bukan Islam.

Rabu, Januari 26, 2011

Tutup sahaja IPT – Ahli akademik


“Kalau ahli akademik tidak boleh memberi pandangan, lebih baik tutup sahaja institusi pengajian tinggi (IPT).”
Demikian reaksi Profesor Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datin Paduka Prof. Dr. Ramlah Adam yang juga Ahli Dewan Tertinggi PERKASA .
Kata Datin Paduka Prof Ramlah, ahli politik sepatutnya tidak ‘mengheret’ ahli akademik kerana pandangan golongan tersebut adalah berdasarkan fakta dan kajian mereka.
Tambahnya, ahli akademik merupakan sumber pendapat yang boleh dipercayai kerana ia berteraskan pemerhatian dan kajian secara intelektual menggunakan dokumen-dokumen yang sah.

Sidang Parlimen Roh: Balu hidupkan legasi Ashaari, ‘kerajaan impian’ Al-Arqam

KUALA LUMPUR, 26 Jan — Pihak berkuasa agama mengkategorikan “Sidang Parlimen Roh” sebagai satu lagi gerakan yang bertentangan dengan akidah Islam — dipercayai hanya usaha susulan menjenamakan semula pengaruh dan aktiviti pengasas Al-Arqam Asaari Muhammad, yang meninggal dunia tahun lalu.
Malah agensi agama Islam juga melihatnya sebagai antara usaha untuk meneruskan ‘legasi’ Ashaari yang menubuhkan kumpulan tersebut pada 1968.
Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia, Zamihan Mat Zin berkata langkah mengadakan “Sidang Parlimen Roh” merupakan langkah pertama untuk menghidupkan semula sejak Ashaari meninggal dunia Mei 2010, walaupun sejak ia diharamkan 17 tahun lalu, sudah ada beberapa usaha ke arah itu.
“Kami sudah mengesan doktrin Sidang Parlimen Roh ini,” kata beliau lagi.
Kata beliau, kerajaan juga menganggap “Sidang Parlimen Roh” sebagai satu bentuk “ajaran sesat dan karut” memandangkan pihak yang terlibat beranggapan bahawa mereka boleh “berinteraksi” dengan Allahyarham Ashaari.

FACEBOOKER HINA ISLAM - APA TINDAKAN KITA ??


Astagfirullahal 'Azim.. Seorang facebooker yang menggelarkan dirinya Evan Raven telah menghina dan mencaci Allah swt dan junjungan Nabi Muhammad saw. (KLIK pada gambar ini untuk melihat lebih jelas). Tindakan ini amat biadap dan jika dibiarkan, Islam akan terus dihina.

Persoalannya, apakah peranan kita sebagai seorang Hamba Allah dalam menangani masalah sebegini. Kita leka melayari Facebook sehingga tidak sedar, ada orang lain yang menggunakan networking untuk memburuk2kan Islam. Sedarlah wahai Umat Islam sekalian, tidak salah menggunakan laman sosial ini. Akan tetapi, bertanggungjawablah bagi menyedarkan orang2 sebegini dari terus meruntuhkan maruah Agama Allah.

Klik disini: http://wklow.blogspot.com/2010/09/katy-lim-li-lian-who.html

Kedai runcit di seluruh negara dimodenkan - Ismail Sabri

LABIS 24 Jan. – Kedai runcit di seluruh negara akan ditranformasikan kepada kedai runcit yang moden dengan pengurusan yang cekap dan profesional, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi membolehkan kedai runcit yang diurus secara tradisional sekarang dapat bersaing dengan kedai serbaneka dan pasar raya besar yang sedang berkembang di negara ini.

"Perubahan ini bukan dari segi susun atur barangan sahaja tetapi juga dari segi minda peniaga di mana kita akan latih pemilik kedai dari segi pengurusan yang cekap dan profesional,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Koperasi Peneroka Felda Tenang Berhad dan melancarkan Program Tukar Koperasi di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, pada tahun ini, disasarkan sebanyak 100 kedai runcit di kawasan Felda dan 500 kedai runcit lain di seluruh negara akan terlibat dalam program pemodenan tersebut.

"Pihak koperasi memperuntukan geran sebanyak RM10 juta dan dari tabung modal pinjaman sebanyak RM20 juta bagi melaksanakan program tersebut di mana pemilik kedai runcit yang terlibat diberi pinjaman modal antara RM20,000 dan RM60,000,” katanya. – Bernama

PKR berperang dengan Pegawai Istana pulak !

Adun PKR Sri Muda sebenarnya alat DAP.. 

Selepas menderhaka kepada DYMM Sultan Selangor, semalam dia meneruskan sikap anti Raja Melayu ini dengan membelasah pegawai-pegawai Istana. 

Dalam sidang Khas Dun itu, Suhaimi derhaka menyifatkan Datuk Munir Bani, Setiausaha Sulit DYMM Sultan sebagai Sikitol. Dia menuduh yang beraja dimata dan bersultan dihati adalah SUS Sultan itu. 

Dia macam tidak sedar yang Datuk Munir berada dalam Dewan itu dari pagi hingga petang. Sebagai SUS Tuanku, tentunya Datuk Munir diarahkan agar membuat lapuran proceeding khas Dewan itu kepada DYMM Sultan. 

Belum pernah dalam sejarah Datuk Munir berkhidmat sebagai kakitangan awam dan SUS, beliau telah dihina dan dimalukan didepan orang ramai bahkan didalam Dewan Undangan Negeri Selangor. 

Akan tercatatlah dalam Hansard Dun Selangor bagaimana sangat bongkak dan kurang ajarnya PKR keatas kakitangan awam dan institusi Raja Melayu. 

Sejarah juga akan mencatatkan bait-bait perkataan pemimpin melayu yang diupah DAP menjadi boneka membalun institusi Raja Melayu.

Dakwah penuh kasih, bijaksana paling berkesan

Empat strategi sebar Islam dalam masyarakat majmuk perlu berlandaskan keharmonian

PELBAGAI orientasi dakwah digerakkan hari ini dalam usaha meningkatkan kesedaran dan penghayatan Islam. Ada memilih orientasi heararki (gerakan), siasi (politik), orientasi tabligh dan sufi bagi mencapai keberkesanan dalam kefahaman dan amal Islam.

Di samping jemaah sukarela, peranan lembaga kerajaan juga aktif menghidupkan suasana dakwah di samping menghasilkan institusi seperti bank, kewangan, takaful, institusi pengajian tinggi, menengah dan rendah.

Selasa, Januari 25, 2011

DAP SARAWAK TOLAK MALAYSIA NEGARA ISLAM

DAP Sarawak dalam resolusinya sempena Konvensyen DAP Sarawak Ke-15 yang diadakan pada 23 Januari 2011 bertempat di Ibu Pejabat DAP Sarawak di Kuching telah mengemukakan 29 Resolusi untuk dikemukakan kepada DAP Pusat dan digunapakai DAP Sarawak dalam menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang.

Resolutions of the 15th DAP Sarawak Convention this morning at DAP Headquarters Kuching, 23-01-2011.

1. Reaffirm the DAP’s struggle for a democratic, clean and fair government through constitutional means.
2. Oppose any political view and policy which has the tendency to change the secular nature of Malaysia into an Islamic State.

Lebih 1,000 ahli NGO bantah pinda perlembagaan


SHAH ALAM 24 Jan. – Lebih 1,000 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berarak ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
Bantahan itu dibuat sempena sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini bagi membentangkan Enakmen Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor (Pindaan) 2011 bagi mengembalikan peruntukan sultan perlu mendapatkan nasihat Menteri Besar berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Kumpulan NGO itu yang disertai Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mula berkumpul di Dataran Shah Alam di sini sejak pukul 8 pagi sebelum berarak sejauh kira-kira satu kilometer ke bangunan SUK.

MB Selangor LETAK JAWATAN!!!!

Terbukti cubaan Pakatan pembangkang untuk meminda Undang-Undang Perlembagaan Selangor untuk memberi kuasa kepada mutlak kepada Menteri Besar memilih dan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri telah GAGAL! Gagal kerana mereka tiada dua pertiga majoriti, walaupun pelbagai usaha dan taktik kotor yang mereka lakukan, termasuk memecat keahlian ADUN Pelabuhan Kelang YB Badul Hisham.

Cubaan meminda Artikel 52 Undang-Undang Perlembagaan Selangor yang dikompangkan sebagai untuk mengembalikan kuasa Tuanku Sultan sebenarnya adalah untuk "memperkudakan Tuanku Sultan". Hakikatnya Tuanku Sultan Selangor akan hanya menjadi "tukang cop & rubber stamp" Pakatan pembangkang sahaja. Kerana walaupun atas kertas Tuanku yang memilih dan melantik, tetapi Tuanku perlu merujuk kepada Menteri Besar dan mendapat "perkenan" Menteri Besar" sebelum membuat sebarang perlantikan. Tindakan yang jelas menghina dan merendahkan martabat dan kedudukan Tuanku Sultan.

Ceramah Perdana PERKASA




Majlis Ceramah Perdana Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, pada hari Sabtu 05hb. Feb., 2011, jam 2.00 petang, di Dewan Dato Seri Amar Diraja, Kemaman,
Terengganu.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Isnin, Januari 24, 2011

RAMPASAN KUASA "DI-RAJA"!!!!!! PERLU DIBIARKAN ???

Teman naik hairan dengan gelagat segelintir pak jangoat yang beriya-iya mempertahankan parti cauvinis dan rasis DAP kononnya mahu mengembalikan kuasa Raja-Raja Melayu dengan cadangan pindaan Undang-Undang Perlembagaan Selangor Isnin ini. Kononnya DAP mahu kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri & Pegawai Kewangan Negeri dikembalikan semula kepada Tuanku Sultan Selangor.


Dan bila teman tanya dah baca ke deraf cadangan pindaan itu, para pak jangoat ni kata tak payah, sebab Mr. Boneka dah kata macam tu dalam surat khabar dema! Teman tanya mike ni betul-betul percaya ke dengan temberang ni? DAP nak kembalikan kuasa Tuanku Sultan?! Iblis & syaitan pun menangis dengar cerita ni yop! Sebab iblis & syaitan pun tak berani nak menipu & berbohong macam tu. Dan bertambah kuat raungan iblis & syaitan bila ada segelintir pak jangoat yang percaya parti cauvinis dan rasis ini nak kembalikan kuasa Raja-Raja Melayu!?

Wakil rakyat wajib jalani ujian kesihatan

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Beberapa anggota Parlimen menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan untuk mewajibkan wakil rakyat menjalani ujian kesihatan setiap tahun untuk mengenal pasti tahap kesihatan mereka bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik.

Bagi Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, anggota Parlimen bukan sahaja hanya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun malah perlu diberi latihan bagaimana untuk mengawal tekanan memandangkan tanggungjawab mereka.

Anggota Parlimen Santubong itu berkata, walaupun ajal dan maut di tangan Tuhan, tetapi wakil rakyat mestilah menjaga kesihatan bagi memastikan mereka sihat untuk berkhidmat.

PERHIMPUNAN BANTAH SUK SELANGOR SURAM

Perhimpunan yang sepatutnya menghimpunkan rakyat Selangor seramai 10,000 rakyat ternyata gagal kerana tidak mendapat sokongan orang ramai. 

Perhimpunan yang dinamakan "Hormati Suara Rakyat Selangor" di stadium Kelana Jaya hanya dihadiri kira-kira 500 orang sahaja. Disini membuktikan rakyat sudah ramai memboikot Kerajaan PR kerana terlalu rakus terhadap sesuatu tindakan mereka.

BN Selangor tentang pindaan keranan tidak mahu pegawai kerajaan Pak Turut

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman hari ini berkata, Barisan Nasional (BN) akan menentang pindaan Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 kerana tidak mahu melihat pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri hanya berfungsi sebagai "Pak
Turut".

Dewan Undangan Negeri Selangor akan bersidang esok bagi meminda Perkara 52 dalam undang-undang negeri bagi memulangkan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri yang terletak dibawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Pakatan pembangkang terbawa-bawa politik derhaka, republikanisasi !!!!

TINDAKAN kerajaan Selangor untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar pada 24 Januari ini secara jelas mampu diinterpretasikan dalam konotasi politik yang mudah bahawa apa saja undang-undang yang menyekat nafsu pentadbiran kerajaan tiga parti ini daripada berkuasa mutlak, maka ia perlu disisihkan. 

Ibarat dalam filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Musang Berjanggut, di mana salah satu wataknya menggambarkan betapa undang-undang mampu diubah, jika seseorang itu berkuasa atas sesuatu jawatan.

Untuk itu, watak dalam filem Musang Berjanggut dalam dunia alaf baru ini jelas tergambar melalui tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang seolah-olah cuba untuk melakukan apa saja bagi mengubah struktur perundangan negeri untuk tujuan menghalalkan tindakannya.

Paderi cetus semula kontroversi !!! Al-Quran punca pembunuhan, perogolan dan penipuan

FLORIDA: Paderi Terry Jones yang mencetuskan kemarahan antarabangsa apabila beliau mengumumkan untuk membakar al-Quran di Gereja Gainesville, kini mahu melancarkan ‘Hari Menghakimi al-Quran Sedunia’. 

“Ya, kami akan lakukannya,” kata Jones dalam rakaman yang disiarkan menerusi YouTube ketika mengumumkan rancangan terbarunya.

“Kami sudah buat keputusan untuk melakukannya pada 20 Mac mulai jam 6 petang. Jika anda berpeluang, anda yang menggelarkan diri orang Islam yang baik, pada hari berkenaan al-Quran akan dibicarakan. 

“Kami tuduh al-Quran punca pembunuhan, perogolan dan penipuan. Ia juga bertanggungjawab atas semua kegiatan pengganas di seluruh dunia. 

“Secara dasarnya, adalah perbicaraan. Hari pengadilan itu akan diadakan di Pusat Dove World Outreach. Kami cabar dunia Islam untuk mempertahankan al-Quran. 

Sultan Kedah tidak mahu masjid jadi medan sebar ideologi

LANGKAWI, 23 Jan. - Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini mengingatkan semua pihak di negeri itu agar tidak menjadikan masjid sebagai medan meraih sokongan atau menyebarkan ideologi masing-masing.

"Mimbar masjid adalah wadah atau ruang memupuk ukhuwah Islamiah sesama muslim dan bukannya gelanggang atau medan melepas geram serta cercaan kepada mana-mana pihak,” titah baginda di sini.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan bangunan baru Masjid Al Ehsan Temoyong di sini. Bangunan baru bernilai RM7 juta itu boleh menampung 2,500 jemaah pada satu-satu masa.

Masjid, titah baginda seharusnya menjadi institusi untuk menyubur rasa kasih dan cinta sesama Islam.

Dalam titah itu Tuanku Abdul Halim turut melahirkan rasa dukacita melihat umat Islam terus bermusuhan dan bersengketa sesama sendiri.

"Penyakit pecah-belah ini datang dari hawa nafsu dan kepentingan duniawi yang boleh menghancurkan umat, yang untung ialah musuh-musuh Islam yang sentiasa menunggu saat-saat kejatuhan,” titah baginda.

Sultan Kedah seterusnya menggesa agar umat Islam di negeri itu memastikan masjid dimuliakan, dihormati dan tidak dicemari dengan unsur-unsur yang boleh menafikan kekudusannya.

"Beta berharap Majlis Agama Islam Kedah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah meningkatkan pemantauan dan seliaan supaya tidak timbul sebarang kejadian yang mencemar imej dan kesucian masjid di negeri ini,” titah baginda. - Bernama

Ahad, Januari 23, 2011

Hubungan Sentimental Anwar – Azmin


AIDCNews – 23/01/11 – Ummi Hafilda dalam posting terbaru di blognya, srikandi7.blogspot.com mendedahkan Azmin Ali sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menjadi si Tanggang semata-mata kasihnya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Azmin Ali ketika berusia 17 tahun
Azmin Ali dilahirkan dalam keluarga yang tidak kaya. Bapanya, Haji Ali bin Omar, seorang pesara tentera dan guru agama mengajar al Quran dan ibunya hanya seorang surirumah. Mereka sekeluarga menetap di Kelang Gate Setapak Kuala Lumpur.
Untuk menyara kehidupan ketika Azmin berusia 17 tahun, dia terpaksa bekerja sebagai peladang dan pengembala kambing.

TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS